Activities of the minister

7th Borneo Dental Congress

7th Borneo Dental Congress

YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun officiated the 7th Borneo Dental Congress held in Sutera Harbour Resort on March 18, 2017 with local and foreign delegates.

YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun merasmikan Kongres Pergigian Borneo kali ketujuh yang diadakan di Sutera Harbour Resort pada 18 Mac 2017 yang telah dihadiri oleh peserta dari dalam dan luar negara. 

The Grand Launch of Hilton Hotel, Kota Kinabalu

Hilton Hotel, Kota Kinabalu

YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, Chief Minister of Sabah launched the opening of Hilton Hotel, Kota Kinabalu on March 18, 2017. Also present was YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Minister of Tourism, Culture and Environment Sabah as well as a number of cabinet ministers of Sabah.

Majlis Pelancaran Hotel Hilton Kota Kinabalu yang disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, Ketua Menteri Sabah pada 18 Mac 2017. Turut hadir sama adalah YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dan beberapa menteri kabinet Negeri Sabah. 

Courtesy Call from Air Asia Berhad

Courtesy Call Air Asia Berhad

YB Datuk Seri Panglima Hj Masidi Manjun received a courtesy call from Air Asia Berhad, led by Pn. Aireen Omar, Chief Executive Office Air Asia Berhad on March 8, 2017 at Ministry of Tourism, Culture and Environment Sabah. Also present is Datuk Irene B. Charuruks, Technical Advisor to the Ministry, Mr. Gordon Yapp, General Manager of Sabah Tourism Board and Pn Nur Hayati Aziz Rashid, Head of Commercial Air Asia Bhd, East Malaysia.

YB Datuk Seri Panglima Hj Masidi Manjun menerima Kunjungan Hormat dari Air Asia Berhad yang telah diketuai oleh Pn Aireen Omar , Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Berhad pada 8 Mac 2017 bertempat di Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Turut hadir dalam kunjungan tersebut adalah Datuk Irene B. Charuruks, Pegawai Teknikal kepada kementerian, En Gordon Yapp, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah, Pn Suzaini Ghani, Timbalan Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah dan Pn Nur Hayati Aziz Rashid, Ketua Kormesial Air Asia Bhd Malaysia Timur. 

Visual Journey- A solo photography exhibition by Amri Ginang

Amri Ginang Solo Exhibition Sabah Art Gallery

DSC_9510

 

A solo photography exhibition “Visual Journey” by Amri Ginang at the Sabah Art Gallery on March 2, 2017 was launched by YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun. The exhibition will be from March 2 – April 30 2017. For enquiries please contact Sabah Art Gallery, 088-268748.

Pameran Fotografi Solo ‘Visual Journey’ Amri Ginang bertempat di Balai Seni Lukis Sabah pada 2 Mac 2017 yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun. Pameran ini akan bermula dari 2 Mac 2017 sehingga 30 April 2017. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Balai Seni Lukis Sabah di 088-268 748 .  

Maktab Sabah’s Diamond Jubilee

Maktab Sabah Diamond Jubilee

YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun represented YAB Chief Minister of Sabah during Maktab Sabah’s Diamond Jubilee Celebration (1957-2017) on January 15, 2017 at the school itself. In the event, Minister has stated that the state government has decided to gazette Turnbull Hall as a historical site. This will allow the ministry to maintain and conserve the historical educational institute for the future generation.

Sabah College has produced leaders in Sabah such as TYT Tun Datuk Seri Panglima Juhar bin Maharuddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah, YAB Chief Minister of Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman and also YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Minister of Tourism, Culture and Environment Sabah.

YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun mewakili YAB Ketua Menteri Sabah dalam Sambutan Jubli Intan 60 tahun Maktab Sabah (1957-2017) pada 15 Januari 2017 bertempat di sekolah tersebut. Dalam acara tersebut, beliau menyatakan bahawa kerajaan negeri mencadangkan Dewan Turnbull, yang merupakan tapak bangunan lama Maktab Sabah, diwartakan sebagai tapak bersejarah di negeri Sabah bagi memudahkan kementeriannya menjaga dan memulihara khazanah sejarah institusi pendidikan itu untuk dinikmati generasi muda.

Tapak lama Maktab Sabah telah melahirkan ramai tokoh pemimpin Sabah termasuk  TYT Tun Datuk Seri Panglima Juhar bin Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah, YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman dan juga YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, selaku Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.