China Eastern Airlines
China Eastern Airlines via its wholly owned subsidiary company, Shanghai Airlines, will offer non-stop direct flight from Shanghai to Kota Kinabalu beginning this 15th of July.
This new route Shanghai Airlines to Kota Kinabalu after Kuala Lumpur will be using Boeing 737-800 and is a positive development after years of chartered flight.
Minister of Tourism, Culture and Environment Sabah, Datuk Masidi Manjun said that the flight will benefit in terms of the economy and tourism aspects of both respective countries.
‘We are pleased to be included into the network, China Eastern is one of the best world-class airlines and this airline is also renowned for great service and great international destinations” said Masidi.
When met at the courtesy call by China Eastern Airlines General Manager, Lu Ping, Masidi believes that the new flight will bring in more tourists to Sabah.
“Malaysia and China has a long history of friendship and trade, and this new air service will give more opportunities for tourists to explore fascinating places in Sabah,” added Masidi.
China Eastern Airlines melalui anak syarikatnya, Shanghai Airlines menawarkan penerbangan tanpa henti penerbangan terus dari Shanghai ke Kota Kinabalu bermula 15 Julai ini.
Laluan baru Shanghai Airlines ke Kota Kinabalu selepas Kuala Lumpur itu menggunakan pesawat Boeing 737-800 merupakan perkembangan positif selepas beberapa tahun melakukan penerbangan sewa khas ke Sabah.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata penerbangan terus tersebut dijangka mampu memberikan manfaat kepada kedua-dua negara terutama dari aspek ekonomi dan pelancongan.
“Kerajaan negeri amat gembira kerana Sabah dipilih untuk disenaraikan dalam destinasi laluan China Eastern Airlines yang merupakan salah satu syarikat penerbangan bertaraf dunia yang terbaik dan terkenal kerana mutu perkhidmatan yang hebat serta juga destinasi antarabangsa yang luas,” katanya.
Ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat rombongan China Eastern Airlines diketuai pengurus besarnya Lu Ping, di pejabatnya baru-baru ini, Masidi yakin bahawa penerbangan baru itu akan menarik minat lebih ramai pelancong di Sabah.
“Malaysia dan China mempunyai sejarah yang panjang dalam hubungan dua hala dan perdagangan, laluan udara baru itu akan memberi peluang kepada untuk pelancong asing lain untuk menerokai tempat menarik di Sabah, ” kata Masidi lagi.