Datuk Masidi Manjun menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang kepada Marie Malangking selepas mesyuarat kakitangan kementerian di Wisma Tun Fuad Stephens, Karamunsing

Minister on the Move

KAKITANGAN CEMERLANG: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang kepada Marie Malangking selepas mesyuarat kakitangan kementerian di Wisma Tun Fuad Stephens, Karamunsing, dekat Kota Kinabalu, pada 13 Ogos 2009.
Empat lagi kakitangan kementerian turut menerima anugerah tersebut.

Minister on the Move

MENTERI Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun mengadakan sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Negeri Sabah Menangani Pandemik Influenza A (H1N1) Peringkat Negeri Sabah, di pejabat kementerian, di Wisma Tun Fuad Stephens, Karamunsing, dekat Kota Kinabalu, pada petang 10 Ogos 2009.
Datuk Masidi Manjun diberi mandat menerajui jawatankuasa tersebut.

Minister on the Move

MENTERI Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun tertarik dengan cenderakenangan yang diberikan oleh Duta Poland ke Malaysia, Eugeniusz Sawicki selepas meraikan duta tersebut pada majlis makan tengah hari di Chinese Restaurant, Hyatt, di Kota Kinabalu, pada 11 Ogos 2009. Sawicki yang mengadakan kunjungan ke Sabah turut ditemani isterinya, Wieslawa Sawicka.

Minister on the Move

MENTERI Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun memotong riben untuk merasmikan tandas selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Projek Sanitasi dan Bekalan Paip Graviti sumbangan badan bukan kerajaan (NGO), di Kampung Pahu, Ranau, pada tengah hari 8 Ogos 2009.
Datuk Masidi Manjun juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karanaan.

Minister on the Move

MENTERI Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun menerima kunjungan hormat MATTA Cawangan Sabah untuk memperkenalkan Ahli Jawatankuasa baru mereka, di pejabat Menteri, di Wisma Tun Fuad Stephens, Karamunsing, dekat Kota Kinabalu, pada 7 Ogos 2009.

Minister on the Move

MENTERI Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun turut diberi penghormatan melepaskan burung di Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-52 Sutera Harbour Resort, di Arena Tenis, di Harbour Marina & Country Club, di Sembulan, dekat Kota Kinabalu, pada 7 Ogos 2009. Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Minister on the Move

Datuk Masidi Manjun, escorted Sabah's Head of State, Tun Ahmadshah Abdullah; Minister of Information, Communications and Culture, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim; Sabah's Chief Minister, Datuk Seri Musa Aman; Kota Kinabalu City Mayor, Datuk Iliyas Ibrahim; as well other several other distinguished guests in presenting the trophy for Best Director during the 2009 Malaysian Film Festival (FFM), at the University Malaysia Sabah (UMS) Chancellery Hall, Sulaman Road, near Kota Kinabalu, on 8 August 2009. Datuk Masidi was also the Chairman for the FFM 2009 Main Organising Committee. The Best Director award was won by Allahyarhamah Yasmin Ahmad.

Datuk Masidi Manjun mengiringi Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim serta tetamu kenamaan lain pada upacara penyampaian trofi Pengarah Terbaik sempena Festival Filem Malaysia (FFM) 2009, di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS), di Jalan Sulaman, dekat Kota Kinabalu, pada 8 Ogos 2009. Datuk Masidi Manjun merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk Penganjur FFM 2009. Pengarah Terbaik FFM 2009 diraih oleh Allahyarhamah Yasmin Hamid.

Share this post