Handing over ceremony
Handover ceremony of YBhg Datuk Micheal Emban, the out-going Permanent Secretary for Ministry of Tourism, Culture and Environment handed over duties to his successor Tuan Ginun Yangus (2nd from left). YBhg Datuk Micheal Emban will now be the Permanent Secretary for the Ministry of Infrastructure Development. The event was held at the Le Meridien Hotel, Kota Kinabalu on the 28th of January 2015 and was witnessed by YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Minister of Tourism, Culture and Environment Sabah, YB Datuk Pang Yuk Ming and YB Datuk Kamarlin Ombi as the Assistant Minister for Ministry Tourism, Culture and Environment Sabah. Seen in the picture, Masidi presenting a token of remembrance to Micheal.
Majlis serah terima tugas daripada YBhg Datuk Michael Emban, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yang akan berpindah ke Kementerian Pembangunan Infrastruktur sebagai Setiausaha Tetap di kementerian tersebut. Beliau akan digantikan dengan Tuan Ginun Yangus (2 dari kiri) , selaku Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang baru. Acara tersebut telah diadakan di Hotel Le Meridien Kota Kinabalu pada 28 Januari 2015 dan disaksikan oleh YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, YB Datuk Pang Yuk Ming dan YB Datuk Kamarlin Ombi selaku Pembantu Menteri di Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Kelihatan dalam gambar, Masidi menyampaikan cenderakenangan kepada Michael.