YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun visited the handicraft exhibition during the Regatta Lepa Cultural Exhibition Opening Ceremony on the 26th of April held at Dragon Inn Water Resort Semporna.
YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun melihat pameran-pameran kraftangan ketika Majlis Perasmian Pameran Kebudayaan Regatta Lepa Semporna pada 26 April 2014 bertempat di Dragon Inn Water Resort Semporna.
Press Conference for Sabah Fest 2014 which was chaired by YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun was held on the 22nd of April 2014 at the Le Meridien Hotel Kota Kinabalu, Sabah. Also present during the Press Conference was YB Datuk Pang Yuk Ming, Assistant Minister in the Ministry of Tourism, Culture and Environment, YB Datuk Johniston Bangkuai, Chairman of Sabah Tourism Board and YBhg Datuk Irene B. Charuruks, General Manager of Sabah Tourism Board.
This year's event, themed Aki Nabalu will be held on the 2nd -4th May 2014 at the National Department for Culture and Arts, Sabah. For further information about this event, please contact Sri Pelancongan Sabah at 088-232121 or by visiting the website www.sabahfest.com.
Majlis Sidang Akhbar untuk acara Pesta Sabah 2014 yang telah dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun pada 22 April 2014 bertempat di Hotel Le Meridien Kota Kinabalu Sabah. Turut hadir dalam acara tersebut adalah YB Datuk Pang Yuk Ming, Pembantu Menteri di Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, YB Datuk Johniston Bangkuai, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah dan juga YBhg Datuk Irene B. Charuruks, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah. Acara tahun ini yang bertemakan 'Aki Nabalu' akan diadakan pada 2-4 May 2014 bertempat di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah. Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai dengan acara ini, silalah berhubung dengan Sri Pelancongan Sabah di talian 088-232121 atau dengan melayari laman web www.sabahfest.com .
YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun launched another book by the Natural History Publication entitled "The Snake of Borneo 2nd Edition" on the 21st of April 2014 at the GC Wooley Hall, Sabah Museum. For more information please go to, http://www.nhpborneo.com or call Tel: 088-233 098.
YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun telah merasmikan sebuah lagi buku terbitan Natural History Publication yang berjudul ' The Snake of Borneo 2nd Edition' pada 21 April 2014 bertempat di Dewan GC Wooley, Jabatan Muzium Sabah. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai buku tersebut, sila ke laman web http://www.nhpborneo.com / Tel: 088-233 098.
YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun officiated KK Fashion Week with Spring/Summer theme at the Suria Sabah Shopping Mall on the 19th of April 2o14.
YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun telah merasmikan KK Fashion Week yang bertemakan Spring/Summer bertempat di Pusat Membeli-Belah Suria Sabah pada 19 April 2014.
YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun officiated the Citarasa Food Festival 2014 on the 18th of April 2014 at KK Times Square, Kota Kinabalu. The event was held for 3 days, from the 18th to the 20th of April 2014 where local entrepeneurs served local and modern delicacies.
YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun telah merasmikan acara Citarasa Food Festival 2014 pada 18 April 2014 bertempat di KK Times Square Kota Kinabalu. Acara tersebut telah berlangsung selama 3 hari iaitu dari 18 -20 April 2014 yang telah disertai oleh pengusaha-pengusaha tempatan yang menghidangkan pelbagai juadah makanan daripada juadah makanan tradisional ke juadah makanan moden.