YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun officiated the Odou Bekanjar event which is an event that features a traditional warrior dance of the Kuala Penyu Dusun Tatana community held at the Shahbandar Hall Kuala Penyu on the 15th of February 2014.
YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun telah merasmikan Pesta 'Odou Bekanjar' iaitu sebuah acara tarian kepahlawanan tradisi bagi masyarakat Dusun Tatana Kuala Penyu bertempat di Dewan Shahbandar Kuala Penyu pada 15 Februari 2014.
YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun launched a book, 'ITIN, A Bornean Elephant' at Keembong Room, Hyatt Hotel on the 11th of Februry 2014. The book was published by Natural History Publications (Borneo) and written by Jaswinder Kaur, Dr Benoit Goossens and Dr Marc Ancrenaz (all were present during the launching). It has 78 pages and is priced at RM20 per book. To purchase, please contact Natural History Publications (Borneo) at Tel : 088-233 098 or visit http://www.nhpborneo.com/.
YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun telah merasmikan buku yang bertajuk 'ITIN, A Bornean Elephant' bertempat di Bilik Keembong, Hotel Hyatt pada 11 Februari 2014. Buku yang diterbitkan oleh Natural History Publications (Borneo) telah ditulis oleh Jaswinder Kaur, Dr Benoit Goossens dan Dr Marc Ancrenaz yang juga turut hadir dalam acara tersebut. Buku yang mempunyai 78 muka surat dijual dalah RM20 senaskah. Untuk pembelian, sila berhubung dengan Natural History Publications (Borneo) di talian Tel: 088-233 098 atau di laman web http://www.nhpborneo.com/ .
YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Minister of Tourism, Culture and Environment of Sabah and also the member of the State Legislative Assembly (ADUN) Karanaan Ranau as the Guest of Honor and YB Datuk Dr Ewon Ebin, Minister of Science, Technology and Innovation Malaysia who is also the Member of Parliament for Ranau as the Special Guest for the Chinese New Year Open House by the Hokkien Association, Hakka Association and Peranakan Tionghua Association Ranau and was held at the Ranau Community Hall on the 9th of February 2014. During the event, special provision from YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun was presented to the Hakka Association, Tionghua Association and the Hakka and the Ranau Chinese Chamber each receiving RM12,888. Seen in the photo, Masidi and Ewon together in a 'Lou Sang ceremony held during the event.
YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap ADUN N30 Karanaan Ranau sebagai Tetamu Kehormat dan YB Datuk Dr Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Ranau sebagai Tetamu Khas dalam Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Gabungan Persatuan Hokkien, Persatuan Hakka dan Persatuan Peranakan Tionghua Ranau yang telah diadakan di Dewan Masyarakat Ranau pada 9 Februari 2014. Dalam acara tersebut, peruntukan khas daripada YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun telah diberikan kepada Persatuan Hakka, Persatuan Tionghua dan Persatuan Hokkien dan Dewan Perniagaan Cina Ranau yang masing-masing menerima sebanyak RM12,888. Kelihatan dalam gambar, Masidi dan Ewon bersama-sama dalam majlis ‘Lou Sang’ sempena dengan perayaan tersebut.
YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun together with Mr. Liu Qiao Hui, Director of The Foreign And Overseas Chinese Affairs Bureau of Huizhou City, Guang Dong Province China at a dinner function held at Port View Seafood Restaurant Kota Kinabalu on the 6th of February 2014.
YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun bersama-sama dengan Mr Liu Qiao Hui, Ketua Biro Hal Ehwal Luar Negeri, Bandar Huizhou, Wilayah Guang Dong Negara China dalam suatu majlis makan malam bertempat di Restoren Makanan Laut Port View Kota Kinabalu pada 6 Februari 2014.
YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun received a courtesy visit from the Consul-General of the People's Republic of China, Tuan Yang Terutama Liu Quan in Kuching, Sarawak on the 4th of February at the Ministry of Tourism, Culture and Environment Sabah office. During the visit Masidi mentioned that visitors from China are the largest contributors to the international tourist arrivals in Sabah. He added that Sabah is targeting higher tourist arrivals this year in conjunction with Visit Malaysia Year 2014. TYT Liu Quan also said that he will be ready to work together in order for more tourists from China to visit Malaysia and Sabah.
YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun menerima kunjungan hormat dari Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kuching, Sarawak iaitu Tuan Yang Terutama Liu Quan pada 4 Februari 2014 bertempat di Pejabat Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Dalam kunjungan tersebut, Masidi memberitahu bahawa pelancong dari Negara China merupakan antara penyumbang terbesar kepada kedatangan pelancong antarabangsa di Sabah. Menurutnya lagi bahawa Sabah mensasarkan kedatangan pelancong yang lebih tinggi pada tahun ini bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014. TYT Liu Quan, turut memberitahu bahawa beliau akan sedia untuk memberikan kerjasama dalam agar lebih ramai pelancong dari Negara China ke Malaysia amnya dan Sabah khasnya.