Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah mempunyai lapan inisiatif teras di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021-2025.

Saya Yakin inisiatif-inisiatif ini akan mampu merangsang dan merancakkan semula industri pelancongan negeri Sabah. Ianya juga menjadi pendorong dalam usaha Kerajan Negeri Sabah untuk melindungi warisan semulajadi serta budaya, melestarikannya agar dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

Mari kita bersama-sama menjayakan inisiatif Sabah Maju Jaya demi kesejateraan dan kemakmuran rakyat Negeri Sabah.

YB DATUK JAFRY HJ ARIFFIN

MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR

SABAH MAJU JAYA

Selaku Kementarian yang bertanggungjawab dalam memasarkan Negeri Sabah ke pasaran pelancongan global, kementerian bersama-sama dengan semua jabatan dan agensi di bawah kementerian, komited merialisasikan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0: 2021-2025) dengan memberi fokus kepadapeningkatan sektor pelancongan Negeri Sabah sebagai penyumbang utama ekonomi Negeri Sabah dan dalam masa yang sama, memelihara nilai-nilai budaya dan warisan masyarakat tempatan serta memastikan kelestarian flora dan fauna kita untuk generasi kini dan akan datang.

DATUK SR. HAJI MOHD YUSRIE ABDULLAH 

SETIAUSAHA TETAP

KEMENTERIAN PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR

SABAH MAJU JAYA