YB Dato’ Sri Ng Yen Yen and YB Datuk Masidi Manjun on a working trip to Tawau and Semporna

 

YB Dato' Sri Ng Yen Yen and YB Datuk Masidi Manjun on a working trip to Tawau and Semporna

 

YB Dato ‘Sri Dr Ng Yen Yen, Minister of Tourism Malaysia and YB Datuk Masidi Manjun, Minister of Tourism, Culture and Environment were on a 2 days working trip to Tawau and Semporna on 21-22 March 2013. The purpose of the trip was to look at the current situation and on the level of security at the tourism destinations due to the encroachment issues that occured in Kg Tanduo, Lahad Datu and Kg. Simunul Semporna.  According to Datuk Masidi Manjun, the current situation is under control and safe for tourists activities, particularly diving activities in islands such as  Sipadan Island, Mabul Island, Mataking Island as well as other islands.  Dato ‘Sri Dr Ng Yen Yen also said that tourism activities are running as normal and hopes that tourists within and outside the country will come to visit Tawau and Semporna. In the meantime, Dato Sri Dr Ng Yen Yen and Datuk Masidi Manjun  praised the district police for working hard to secure the area and ensure the safety of the tourists in  areas where tourism activities are blooming. Seen in the picture, Mr. Firdaus Francis, OCPD of  Semporna giving a briefing on the current situation at Seafest Hotel, Semporna. Also present at the event was Dato’  Seri Tengku Zainal Adlin, Chairman of Sabah Tourism Board and Datuk Irene B. Charuruks, General Manager of  Sabah Tourism Board.

YB Dato’ Sri Ng Yen Yen , Menteri Pelancongan Malaysia dan YB Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah membuat lawatan kerja selama 2 hari di Tawau dan Semporna pada 21-22 Mac 2013. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat keadaan semasa dan mengenai tahap keselamatan kawasan pelancongan di kawasan tersebut berikutan dengan isu pencerobohan yang berlaku di Kg Tanduo, Lahad Datu dan Kg Simunul Semporna. Menurut Datuk Masidi Manjun, keadaan semasa adalah terkawal dan sangat selamat untuk aktiviti pelancongan di daerah tersebut terutamanya aktiviti-aktiviti menyelam di pulau pulau peranginan seperti Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Mataking dan pulau-pulau yang lain. Dato’ Sri Ng Yen Yen turut memberitahu bahawa aktiviti pelancongan adalah berjalan seperti biasa dan berharap pelancong-pelancong dalam dan luar negara datang berkunjung ke Tawau dan Semporna. Dalam pada itu, Dato Sri Ng Yen Yen dan Datuk Masidi Manjun memuji pihak polis daerah tersebut kerana sentiasa bekerja keras untuk menjaga keselamatan daerah tersebut terutamanya keselamatan para pelancong yang mana daerah tersebut merupakan sebuah daerah yang sedang pesat membangun dalam kegiatan pelancongan. Kelihatan dalam gambar, En Firdaus Francis , OCPD Semporna sedang memberikan taklimat mengenai dengan keadaan semasa di daerah tersebut bertempat di Seafest Hotel , Semporna. Turut hadir sama dalam acara tersebut adalah Dato’ Seri Tengku Zainal Adlin, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah dan Datuk Irene B. Charuruks, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah.

 

Share this post